Thursday, 24 July 2014

10 Tips Balik Kampung Hari Raya


Tips balik kampung hari raya, glam raya, kampung, selamat hari raya


Assalamualaikum readers,
In Sha Allah minggu depan kita bakal meraikan Aidilfitri 2014. x sabar rasanya tambah2 bagi mereka yang tinggal jauh di perantauan, pastinya saat untuk balik ke kampung halaman merupakan saat yang mengujakan.

Di samping uols memikirkan persiapan untuk menyambut Hari Raya, jangan lupa persiapan sebelum balik ke kampung. HS pun salah seorang perantau yang bakal pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya.  So, HS nak share sikit  tips balik kampung hari raya.


1. Pemeriksaan kenderaan 

Hantar  ke pusat servis berdekatan atau periksa sendiri bagi yg berkemahiran. Make sure  tayar kenderaan dalam keadaan yang baik, x botak yer! Untuk minyak hitam HS anjurkan uols cuba Jtx Gold & Jtx Air Tracker untuk 30% lebih penjimatan petrol.



2. Tools  

Jangan lupa membawa jek kereta, tayar ganti & alatan seperti player, spanar, skru dll.  x susah standby    jer  dalam bonet. Bagi penunggang motosikal sediakan tiub tayar & alatan untuk menukarkan tayar jika bocor.


3.  Bawa air kosong  

Bukan untuk minum yer tapi sebagai persediaan kalau tiba-tiba radiator kereta jadi panas & menyebabkan kereta jem. Sedialah 2 atau 3 botol 1 liter air. *pesanan dari ayah


4. Touch N Go / Smart Tag 

Kekdahnya musim raya ni  jalan memang sesak.  So, top up lebih  supaya x perlu long queue.  Jimat masa & tenaga.
  

5.  Maklumkan kepada jiran/polis 
Maklumkan pada jiran / persatuan penduduk (bagi yg x   pulang ke kampung)  untuk  tengok-tengokkan   rumah.     Maklumkan juga dekat balai polis yg berhampiran   berapa   hari uols xde di rumah & jangan lupa isi borang balik  kampung disini.


6.  Pastikan semua pintu & tingkap dikunci

Sila pastikan sekali lagi bahawa semua pintu & tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Bagi uols yg ada electronic lock home juga pastikan  dlm keadaan yg baik & x uzur.
  

7. Hentikan langganan akhbar/majalah 

Hentikan langganan sementara semasa ketiadaan di rumah bagi mengelakkan pencuri  mengesan tiada penghuni di rumah. 


8. Matikan semua suis & gas

Pastikan semua suis ditutup bagi menjaga keselamatan harta peralatan di rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepala gas dapur pun   ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran.


9. Rehat setiap 2 jam

Untuk perjalanan jauh make sure uols rehat setiap 2 jam perjalanan sambil minum mineral coffee (if balik malam)  untuk fresh your mind.


10. Berdoa untuk kesejahteraan bersama
Sebagai umat islam wajiblah  berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan pergi & balik.

doa naik kenderaan darat, tips balik kampung hari raya, selamat hari raya


Love, 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...