Thursday, 3 July 2014

Muhammad Firdaus - Remaja OKU


Remaja OKU, Nilai - Muhammad Firdaus



SUBHANALLAH...


Umum mengetahui tentang apa yang berlaku terhadap saudara Islam kita, adik Muhammad Firdaus baru-baru ini.  Naluri HS sebagai ibu, sangat sebak melihat keadaan adik Muhammad Firdaus tambahan pula doktor yang merawat mendapati beliau tidak makan / minum hampir 3 bulan.  Sesungguhnya kuasa Allah S.A.W yang memelihara makhlukNya.


Sama-sama lah kita jadikan kisah adik Muhammad Firdaus sebagai pedoman. Sentiasa ingat, anak itu amanah Allah. Hidup susah macammana sekali pun,  mesti berusaha sedaya upaya untuk berikan yang terbaik untuk anak kita. Lebih-lebih lagi anak OKU adalah penghuni syurga. 


Jangan jadikan kesempitan hidup sebagai alasan. Jangan biarkan anak-anak menjadi mangsa. Sementara masih mampu, ada kudrat yang sihat, ikhtiarlah bersungguh-sungguh mencari rezeki.  Rezeki yang berkat ,datang bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja, malah dalam pelbagai bentuk dan cara yang kita tak sangka-sangka.



Love,




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...