Assalamualaikum...
Baru-baru ni HS join kelas usrah & nak kongsi sama-sama tentang waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa :
- Waktu pagi sebelum terbit matahari, iaitu setelah selesai menunaikan solat subuh.
- Setiap lepas solat fardu.
- Waktu membaca doa qunut pada solat subuh.
- Di antara solat zuhur dan asar, juga antara asar & maghrib.
- Ketika bangun tidur.
- Waktu di antara azan & iqamat.
- Semasa solat, iaitu sebelum salam (selepas membaca tasyahud akhir)
- Ketika hendak masuk & keluar masjid.
- Waktu di antara 2 khutbah (khutbah jumaat & khutbah hari raya).
- Waktu ditimpa kesulitan, kecewa & hati tidak tenteram.
- Waktu melakukan urusan penting.
- Waktu hujan turun.
- Waktu bertemu kembali dengan sanak saudara.
- Selesai khatam 30 juzuk al-Quran @ selesai membaca mana-mana ayat al-Quran.
- Waktu menziarahi makam Rasulullah SAW.
**moga memberi manfaat untuk semua
No comments:
Post a Comment