Kita kadang-kadang terlepas pandang yang kunci utama perniagaan sebenarnya bukan 'kuantiti' tetapi 'kualiti'. Seringkali dengar tentang kekurangan modal untuk memulakan perniagaan. Bagi HS sendiri apalah salahnya jika bermula dengan sedikit modal, lama-lama jadi bukit. Sebagai contoh Dr Irfan Khairi, beliau hanya bermula dengan RM500 sebagai modal.
Kalau tak ada modal tak perlu berniaga besar-besaran, mulakan perniagaan kecil dari bawah. Jangan nak jadi jutawan segera atau nak nampak hebat dengan title 'Peniaga Berjaya' sedangkan hutang keliling pinggang. Tak mau!Tak mau!Tak mau!Nilaikan beberapa perkara, jika dengan RM100 anda masih belum boleh menjual apa-apa produk, bolehkah anda menjual dengan modal RM 100,000?Mungkin duit tu lesap entah ke mana....
Jadilah orang yang berkualiti, kejayaan
akan datang kepada anda. Jadi orang yang
berkuantiti, jadilah anda sama
dengan orang-orang biasa yang lain!"
akan datang kepada anda. Jadi orang yang
berkuantiti, jadilah anda sama
dengan orang-orang biasa yang lain!"
hamizasuzlin.blogspot.com |
No comments:
Post a Comment