Semua orang hendak menjadi kaya, tetapi tidak semua yang berjaya mencapai impian mereka. Untuk menjadi kaya tidak semudah untuk menjadi miskin. Tidak ada jalan mudah dan pintas untuk menjadi kaya. Tetapi peluang dan ruang untuk menjadi kaya sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja. Tiada batasan usia dan bangsa yang menentukanya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Untuk berjaya dan menjadi kaya melalui bisnes seseorang perlu memiliki ciri dan kualiti tertentu. Inilah yang membezakan di antara usahawan berjaya dengan mereka yang kecundang di pertengahan jalan. Di sini HS nak kongsi tips untuk diri HS sendiri dan anda semua iaitu:
1. BERANI MENCUBA
Dunia bisnes bukan untuk mereka yang penakut dan pengecut. Mesti mempunyai keberanian mencuba dan meneroka bidang baru yang mungkin merupakan sesuatu yang asing. Ia merangkumi aspek keberanian menghadapi pelbagai cabaran, halangan, rintangan dan risiko. Selain dari keyakinan dan kesungguhan yang tinggi untuk melaksanakannya. Bagi HS, berani bukan dalam bentuk kata-kata tetapi perlu dijelmakan dalam bentuk perbuatan, perlakuan dan perlaksanaan.
2. WANG MENCARI WANG
Setiap bisnes memerlukan pelaburan dan perbelanjaan yang mesti dibuat dengan cara yang betul supaya tidak berlakunya pembaziran. Antara cara untuk menghasilkan wang adalah dengan mengekalkan margin keuntungan yang tinggi, pendapatan harus sentiasa mengatasi perbelanjaan dan kerugian, pelaburan memberikan pulangan dan mengoptimumkan segala sumber yang ada. Bagi HS, kekayaan di dalam bisnes hanya akan diperolehi apabila wang mula bekerja untuk kita.
3. KECIL KEPADA BESAR
Perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan tidak melibatkan banyak kos yang tinggi. Margin keuntungan yang dikautkan oleh mereka yang berniaga kecil-kecilan pada hakikatnya lebih tinggi daripada bisnes yang berkala besar. Paling penting usaha yang berterusan.
4. PERCATURAN BUKAN PERJUDIAN
Jangan sesekali menjadikan bisnes sebagai pertaruhan untuk mendapatkan keuntungan segera. Percaturan harus menggabungkan antara pengalaman dan pengetahuan. Di samping membuat tinjauan, kajian, perancangan yang teliti dan kesungguhan yang berterusan untuk memastikan bisnes berjalan mengikut apa yang telah ditetapkan. Gagal atau berjayanya ditentukan sendiri oleh pemain itu sendiri di dalam membuat percaturan terhadap langkah-langkah yang diambil.
No comments:
Post a Comment