Wednesday, 15 January 2014

Sentiasa Buat Kebaikan


Assalamuaalailkum..

      2 bulan berturut-turut HS dikejutkan dengan pemergian 2 orang ahli keluarga terdekat di Kedah & Perak.  Kedua-duanya adalah pensyarah, lemah lembut dalam berurusan, meraikan tetamu & mesra.  Sungguh mati itu pasti...Andai saat kita dianggil Ilahi, apakah sumbangan kita kpd masyarakat?  Pada keluarga?  Pada agama?  HS terus mencari peringatan utk diri sendiri supaya sentiasa membuat kebaikan & mengamalkannya supaya di senangi di dunia & juga di akhirat.  Antara kebaikan yang perlu diamalkan:


1.      Bersyukur


Sentiasa buat kebaikan, bersyukur, nikmat


Apabila kita bersyukur dengan apa yang dimiliki, segala pemberian pasti terasa kenikmatan.  Allah akan terus menambah rasa nikmat itu.  Namun, jika kita tidak pandai bersyukur, Allah mengingatkan bahawa azabNya sangat pedih. 

 Firman Allah yang bermaksud:
" Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kpdmu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim ayat 7)



2.      Berzikir


Sentiasa buat kebaikan, berzikir


Apabila di dunia kita sentiasa membasahi lidah dengan berzikir, nescaya kebaikan dunia akan kita raih & secara tidak langsung kita raih kebaikan ukhrawi.

Firman Allah yang bermaksud:
" Wahai orang beriman, berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang banyak dan bertasbihlah kpd Allah pd waktu pagi & petang." (Surah al-Ahzab ayat 41-42)



3.      Bersabar


Sentiasa buat kebaikan, bersabar


Orang yg sabar & istiqamah menghadapi pelbagai ujian Allah adalah orang yg akan mendapat kebahagiaan dalam hidupnya kerana dlm keadaan demikian dia tidak akan tergelincir ke jalan yg salah sehingga kebaikan dunia & akhirat diraihnya.

Firman Allah yang bermaksud:
" Dan sungguh Kami akan berikan kpdmu sedikit ketakutan, kelaparan,kekurangan harta, jiwa & buah-buahan.  Dan berikan berita gembira kpd orang yg sabar iaitu apabila ditimpa musibah mengucapkan 'sesungguhnya kami adalah milik Allah & kpdNya kami kembali.'   Mereka itulah yg mendapat keberkatan yg sempurna & rahmat serta mendapat petunjuk dari Allah." (Surah al-Baqarah ayat 155-157)




Love,






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...